Monday, June 24, 2013

Mencukur Bulu Ehem3 ! Kemaluan - Lelaki & Wanita.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi' Wa Barakatuh
Salam Sejahtera & Salam 1Dunia & Salam 1Galaksi

(HAHA !! Serious serupa bila kalau Abah cukoq misai & janggut memang nmpak lainnn !! HAHA !!)

Ehemm3 !! okey3 sebenarnya ingin dibicarakan adalah isu cukur bulu kemaluan neh HOHO yang gambar atas tuh cuma 'iklan' jerh hee OKEY !! balik kepada isu sebenar iaitu
 
'CUKUR BULU ARI-ARI / KEMALUAN'

Ramai orang malu nak sembang atau cakap berkaitan bulu kemaluan kn ? (*woiii !! sapa nk sembang pasai bulu ehem3 sendiri woiii ! HAHA ! maluuu !! kehormatan diri tuh) Apa-apa pon bagi aku benda neh kita kna sembang ikut agamalah klu xikut agama alamatnya menjadi 18sx laaahhhhhhh jdinya HOHO ! Malahan apa-apa pun yang berlandaskan agama pasti baik kn ? Baiklah !! Aku mulakan dengan hadis dari Nabi Muhammad SAW iaitu :

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". 
(HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud)
Bermaknanya  paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca? Woiii !! Aku tanya hanggg !! Jangan kata ampa tak tahu atau memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara Hutan Simpan Royal Belum tak pun Hutan Amazon makanya selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur menebang 'membakar' hutan belantara ini. (*jgn risau 'Jerebu' x akan berlaku ok ! hehe).

Apa yang dimaksudkan dengan 'Mencukur Bulu Kemaluan' ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita / di atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,

Pertanyaan Nabi:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?" 
Jawab Iblis:
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
So dari hadis diatas secara umum kita dah boleh faham yang Iblis akan bersarangggggg !! berkampungggg !!! berjirannnn !! bergantungggg !! berbuaiiiii !! Ohhh tidakkkkk !!! Syaitan di ehemm ! ehemm ! kuuuuuu ohhh noooooooo !! klu kita tak cukur lebih dari 40 hari.

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”.
(HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dan ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini. Jaga kebersihan woooooiiii !!!! Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata:
“al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah 'SUNNAH' dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logik akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

Kalu ikut saintifik asanya : Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang 'geli-geli' dapat hidup dibahagian kemaluan anda disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa bau machemm !! machemm ! bluekkk !!

NAMUN HARAM ! ! ! ! !
Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya. Haaa !! jangan dok mencukoq depan member plak dok buat pertandingan sapa cukoq paling cepat HAHA !! Harammm !!!

MAKANYA, bercukurlah wahai rakan-rakan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik & makcik-makcik sekalian !! jangnlah sampai berkebun dah dekat 'situ' nah !! jgn dah sampai ber'Amazon ber'Hutan Simpan dah dakat 'situ' serabut serabai bagai !! trim lah bagi kemas3 cukur bersih kerna yang bersih itu separuh daripada iman kan ? Sama-sama kita menjaga kebersihan serta ke'Wangi'an diri okey !! Pencukur murah saja !! nak mahal ambil yg berpuluh harganya dekat Tesco belambak !! klu nk murah beli yang 1pek ada dalam 6 batang pencukur pon ! dkt Tesco belambak ! HAHA !! yg pasti jgn lupa guna sabun pencukur Nivea ka apa janji sabun pencukur agar memudahkan mencukur. 


Okeyyyyyy !! Selamat Beramah & Selamat Menarah !!!
  
Tebanglah ia sebelum ia ditebangkan serta dijadikan tapak perumahan Syaitan

Kebersihan Diri Sebahagian Lambang Keimanan

Moga Allah Memberkati Usaha Kita. Amin.

No comments:

Post a Comment