Monday, June 24, 2013

Mencukur Bulu Ehem3 ! Kemaluan - Lelaki & Wanita.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi' Wa Barakatuh
Salam Sejahtera & Salam 1Dunia & Salam 1Galaksi

(HAHA !! Serious serupa bila kalau Abah cukoq misai & janggut memang nmpak lainnn !! HAHA !!)

Ehemm3 !! okey3 sebenarnya ingin dibicarakan adalah isu cukur bulu kemaluan neh HOHO yang gambar atas tuh cuma 'iklan' jerh hee OKEY !! balik kepada isu sebenar iaitu
 
'CUKUR BULU ARI-ARI / KEMALUAN'

Ramai orang malu nak sembang atau cakap berkaitan bulu kemaluan kn ? (*woiii !! sapa nk sembang pasai bulu ehem3 sendiri woiii ! HAHA ! maluuu !! kehormatan diri tuh) Apa-apa pon bagi aku benda neh kita kna sembang ikut agamalah klu xikut agama alamatnya menjadi 18sx laaahhhhhhh jdinya HOHO ! Malahan apa-apa pun yang berlandaskan agama pasti baik kn ? Baiklah !! Aku mulakan dengan hadis dari Nabi Muhammad SAW iaitu :

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". 
(HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud)

Wednesday, March 20, 2013

SPM ! AKU GAGAL - catatan hidupku.

Mereka berkata SPM lah segalanya ! 
Mereka berkata gagal SPM gagalah segalanya !
Mereka berkata hendak berjaya dalam hidup kena berjaya dalam SPM
Mereka berkata SPM exam paling penting.
Mereka berkata hancur SPM hancur masa hadapan 
Mereka berkata lagi . . . . dan lagi . . . . . dan lagi . . . . . 
Dan terus berkata kerana . . . . . 
Kerna itu semua BOHONGG ! !

Mereka tidak pernah berkata SPM hanya sebahagian sistem perbelajaran,
Mereka tidak pernah berkata masih ramai yang berjaya walaupun SPM teruk.
Mereka tidak pernah berkata hendak berjaya dalam hidup adalah usaha.
Mereka tidak pernah berkata jika ingin berjaya juga kita harus bijak merebut peluang.
Mereka tidak pernah berkata kegagalan ini adalah pemangkin masa hadapan.
Mereka tidak pernah berkata kegagalan kita pada hari ini akan proses kematangan.
Mereka tidak pernah berkata kejayaan insan yang hebat bermula dari suatu kegagalan.
Mereka tidak pernah berkata Nabi Muhammad SAW menempuhi kegagalan dahulu barulah dakwahnya berjaya serta telah tersebar ke seluruh dunia.
Mereka tidak pernah berkata . . .
Mereka akan terus berkata . . . .
Kerna mereka MEMANDANG RENDAH ! !
Kerna mereka GEMAR MEMPERKECILKAN ORANG LAIN ! !
Kerna mereka PEMBOHONG ! !