Tuesday, June 24, 2014

Peminta Sedekah & Reaksi Kita.




(*Gambar Hiasan)

(Situasi Contoh Cerita)
Kedai Makan Ivory Bukit Gambir, Pulau Pinang.

Khusus kepada seorang penjual yang berketurunan arab yang menjual 'sticker' ayat-ayat seperti sifat-sifat Allah dan sebagainya dengan harga RM10.00. Beliau berjambang putih selalu berkopiah putih serta menggalas beg hitam dibelakang.  Sekiranya tidak mahu membeli barangnya, beliau turut bertanya sekiranya mahu bersedekah sahaja dan jika tidak mahu tidak mengapa. Sebenarnya adab kita bersama peminta sedekah biarlah terjaga, walaupun kita tidak mahu bersedekah sekalipun tapi mencukupi sekiranya kita bercakap dengan layanan yang baik. Sekiranya tidak mahu, tolaklah permintaan itu dengan lembut dan sopan bukan dengan terus mengherdik ataupun melakukan seolah-olah kamu tidak nampak mereka yang berada didepan kamu dan janganlah juga kamu memberi harapan seolah-olah kamu seperti mempermain-mainkan beliau.

*Al-Quran| Allah berfirman bermaksud: “Dan terhadap orang yang meminta-minta makan, janganlah kamu mengherdiknya.” (Surah ad-Dhuha, ayat 10)*

Mereka juga manusia yang hanya berusaha melalui cara sebegitu. Kejadian ini berlaku semalam dimana lelaki tesebut hadir disebuah meja, namun apa yang dilakukan oleh sepasang manusia itu sangat menyedihkan.

Hanya memberi reaksi seolah-olah tidak melihat beliau memaling muka lalu menyebukkan diri bermain telefon sedangkan mata sempat menjeling ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu terus memberi salam dan dengan melihat telatah pasangan tersebut lalu beliau beransur pergi. Kamu cantik . . .

Wednesday, May 21, 2014

Percikan Air Lopak & Penunggang Motosikal



Konteks | Pemandu Kereta Hormatilah Penunggang Motosikal |

(HAHA !! Okey ney sja buat iklan pembuka kata. Wekang time hujan + pegang payung + basikal Opocot ! Memang Epic !!)

Di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq’alaih.
  
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.” (Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

Terkenang apa yang diajar oleh ustaz di sekolah yang mengatakan hadis ini juga menunjukkan bahawa mereka yang lebih baik/kuat/muda keadaanya perlu menghormati/menyantuni juga yang kurang/lemah/tua daripada mereka (memberi 'salam' adalah merupakan tanda santunan) sebagai contoh mereka yang berkenderaan perlu menghormati mereka yang tidak berkenderaan. Maka dapat diertikan juga mereka yang berkereta perlulah menghormati kepada mereka yang bermotosikal, yang bermotosikal kepada yang berbasikal, yang berbasikal kepada penjalan kaki dan seterusnya. 

Monday, April 28, 2014

Ungkit kisah dahulu.

"Mengungkit kisah lama yang telah lama aku tinggalkan adalah satu perbuatan yang telah mengukir parut kembali malah menyebabkan ia kembali berbekas dan terus membuatkan aku lebih merasakan lemah pada kekuatan. Lakukanlah apa yang disukai dan cukuplah berjanji padaku jagalah adab, agama serta batas pergaulan mu kerna aku mungkin sudah tidak mampu menasihati mu sekuat sebelum ini, kerna aku mula merasakan tidak layak untuk menasihati kembali. Maka beri ku sedikit masa untuk aku pulih mengumpul kekuatan kembali sekiranya itu dimahukan. Kesalahan dahulu akan kembali menghantui aku sehinggalah ke akhir hayatku. Aku insan yang lemah penuh dosa dan kekurangan. Aku mungkin tidak layak untuk bersuara.Bukan salahmu tapi balasan buat ku"

Monday, March 17, 2014

Aku.

"Tidak akan mengeluh ataupun bunyi selagi aku mampu menyimpan apa yang ku rasa kurang senang kerana mungkin dgn kesilapan yang sedikit itu mampu merubah segala-gala impian yang sudah mula dibina sekarang. Sabar sesabar mungkin kerana jangan diharap peluang seterusnya sekiranya peluang yang ada sekarang tidak dimanfaat atau dijaga sebaik mungkin. Tuhan mengajar sekiranya memperolehi sesuatu itu adalah digambarkan satu amanah maka sekiranya diberi amanah maka wajib bagi si pemegang amanah menjaganya sebaik mungkin, lindungi sekuat mungkin, memimpin seelok mungkin dan menggenggam serat mungkin kerana pada sesuatu amanah itu tercalit suatu tanggungjawab.Malah tuhan juga mengajar perlu bersabar dalam setiap tindakan kerana sabar itu kunci setiap kejayaan dan juga berdoalah. Aku bertanggungjawab terhadapnya walaupun secata hakikatnya mungkin tidak tapi pada semangat dan perasaannya aku bertanggungjawab"

Monday, October 14, 2013

Raya Haji jerh ponn !!! -.-'

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakhatuh.

"Raja korban jerh amir woi apalah sangat !!"

"Xpayah dok sambut meriah raya korban neh bukan best ! raya puasa nuh baru best pakai elok-elok"

"Poyo sangat aihh hang amir sambut raya korban, mna ad orang beli baju raya ! " 

(nak saja aku sembelih orang yang cakap3 mcm dkt atas tu huh !! HAHAHA !!! melawak :)

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.
Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.


Pertayaan | Kenyataan | macam tu yang aku selalu dengar dan terima bila setiap kali bila sambut raya Aidil Adha / Korban seolah- olah tak ada apa erti plak raya korban neh dalam ISLAM kan ? mcm just satu event yang seronok3 ISLAM cipta utk umat dia sambut ! seolah-olah macam alaaaarrrrrr xtak menda pon raya neh hurmmmm. (Biaq arr ak pakai baju baru nk p sembahyang raya lerr lerr lerr nanti nk p lapah lembu aku tukaq arr pakai baju cap pagoda booOOOOoooo !!!!! HAHA !! ehemm !! melawak :D )

MUSYKIL ???!!!

Saturday, August 31, 2013

Aku Si Kurus.

Entah aku rasa macam aku ingin luah kan sesuatu, sudah lama aku tidak menulis sesuatu yang berkaitan diri ku hati aku rasa agak sedih dan kadang kala aku berasa tertekan. Mungkin rasanya aku tidak perlu merasakan sebegitu pada awalnya namun lama-kelamaan aku rasa seperti aku sudah tidak mampu menahannya. Aku pergi kesana mereka memperkatakan perkara yang sama terhadap aku, aku kesini turut mereka memperkatakan perkara yang sama, pada mulanya aku membiasakan diri dengan beranggapan bahawasanya ia hanya gurauan tetapi tidak mungkin gurauan itu sama sepanjangmasa walaupun berlainan manusia yang bertemu dengan aku. Kadang kala aku mula terasa namun aku sembunyikan dalam senyuman, jauh didalam lubuh hati aku, aku merasakan sedikit sedih dan malu. Orang sekeliling ku kerap mengatakan kepada aku . . .

AKU KURUS.

Sunday, August 11, 2013

Kekuatan & Anda :)

"Saya mungkin ada serba kekurangan serta ketidaksempurnaan tetapi kehadiran anda dengan menerima seadanya kesemua itu sedikit sebanyak menambah melengkapi apa yang kurang serta telah menyempurnakan sebahagian ketidaksempurnaan pada diri ini. Anda kekuatan baru ku"

.Thank.

Tuesday, July 16, 2013

Ya Hanana - Betapa Beruntungnya Kami.


يَا هَنَانَـا

Ya Hana Naa

Betapa Beruntungnya Kami

 

http://www.youtube.com/watch?v=-8A91r9oiYo

 

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,


مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).


يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 

Monday, June 24, 2013

Mencukur Bulu Ehem3 ! Kemaluan - Lelaki & Wanita.

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi' Wa Barakatuh
Salam Sejahtera & Salam 1Dunia & Salam 1Galaksi

(HAHA !! Serious serupa bila kalau Abah cukoq misai & janggut memang nmpak lainnn !! HAHA !!)

Ehemm3 !! okey3 sebenarnya ingin dibicarakan adalah isu cukur bulu kemaluan neh HOHO yang gambar atas tuh cuma 'iklan' jerh hee OKEY !! balik kepada isu sebenar iaitu
 
'CUKUR BULU ARI-ARI / KEMALUAN'

Ramai orang malu nak sembang atau cakap berkaitan bulu kemaluan kn ? (*woiii !! sapa nk sembang pasai bulu ehem3 sendiri woiii ! HAHA ! maluuu !! kehormatan diri tuh) Apa-apa pon bagi aku benda neh kita kna sembang ikut agamalah klu xikut agama alamatnya menjadi 18sx laaahhhhhhh jdinya HOHO ! Malahan apa-apa pun yang berlandaskan agama pasti baik kn ? Baiklah !! Aku mulakan dengan hadis dari Nabi Muhammad SAW iaitu :

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". 
(HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud)

Thursday, May 30, 2013

Final Exam / Semester 2 / Tahun Pertama / USM.

Assalamualaikum Wa'rahmatullahi Wa'barakhatuh
Salam 1Malaysia ! Salam 1Ummah ! Salam 1Asean ! Salam 1Benua ! Salam 1Galaksi !

 (*Mohonngg ! gmbaq ney mohong ! Desa dkt USM mna ada hot water ! sedia sejuk ! lgpon ak study kot ! Mohong ! cukop mau !! grr ! )

 (*Kannnn !! Haa !! kn dh ckp ak studyyy kooooot !!! HAHAHA !!)

Yaaaaayyyyyyyyyyyy !!! dh msuk bulan 5 khususnya HUJUNG bulan 5 ! maknanya nk final exam yayyyy !! HAHA ! (*Yayyyy!! bgai ! study  apa pon dak HAHA ) kami student USM dh nk start exam dh huk3 untuk sem 2 bg aku n the gang yg first year 2012/2013 punya huu !! time post ney ditulis, lg 3 hari nk msuk Study Week. Study Week seminggu ! lpas tuh POMMMM !!!

Friday, May 17, 2013

GAGAL UPU AKU. Erk?!! GAGALKAH?!

UNIVERSITI. Siapa tak mahu belajar ke tempat bernama 'UNIVERSITI' OOOOOoooooOOOoooooiiiiiii !!!! semua orang nk belajar dkat situ kn ? jika dinamakan pelajar semestinya tempat bernama UNIVERSITI itu merupakan salah satu matlamat terpenting dalam belajar kn ? Ada dipanggil 'MENARA GADING' walaupun entah dimanalah 'GADING'nya HEHE !! maaf melawak sja :P emm . . .

Walau apa pun kesimpulanya kalau belajar di sekolah tuh MESTI ! PASTI ! WAJIB ! jika ditanya

 "Kamu nk belajar sampai mana neh ? "
       mesti akan dijawab

 "Saya nak bljar smpai masuk UNIVERSITI

Walaupun kalau tanya budak tadika maka inilah jawapan mereka kn kn ? entah mereka paham atau tak amende UNIVERSITI yang depa sebut kn kn?! HEHE!! entah3 bagi depa UNIVERSITI tuu adalah suatu tempat permainan yang cukup seronok! best! syokk! HAHA!! itulah kita dahulu UNIVERSITI merupakan matlamat akhirnya.

Jika tak dapat kita memang tak capai matlamatlah kn kn ? Kecewa habis, tension, tekanan semua ada emm sebelum keputusan keluar kt rasa takut sangat ase mcm tgu result SPM @ STPM jerhh entah3 lebih dari tu kn ? tp ada jgak yang relaxxxxxx ~ xheran langsung, dapat pon xpa xdpt lagi aku xkisah HEHE !! pada hari keluarnya result UPU (*smua result dkt UPU kn ? kcuali UNIVERSITI tertntu ) takut gilerrr arrrr ~ huk3 !!

Berjaya. Tengok plak dlm FB penuh kawan-kawan dok updated status hehe yg gembira teramat-amatlah, post yg nuh yg nehh !! post hbs printskrin hbs smua kn kn ?! melompat sana sini HAHA ! Tahniah dik :)

Namun . . .xkurang plak yg post huk3 sedihhhh ~ sedih ~ sana sedihhh ~ sini ~ kecewa xdapat kn ? sebenarnya kita senasib :) khususnya SPM kt senasib :) Jika kita xdpt result UPU tuh ase malu kn ? maluuu ~ nti kawan tuh tnya kwn neh tnya kn3 ? adik beradik, saudara mara, kaum kerabat, jiran tetangga, kdang3 entah mmber dlm fb yg xpenah3 tegur pon tb3 ponnnnnnnnn . . . tnya dpt U mna HAHA !! xkurang jgk adik3 skolah rendah ponnnnn . . . nk tnya almaklumlah xmau lepaskn peluang kn ? HEHE !! sedih, kecewa mungkin malu kn ? jika UPU @ Peluang ke UNIVERSITI xdpt kn ?

Walaubagaimana pun, kecewa sedih semestinya wujud. itu tak dapat kita elakkan kerna sesuatu yang kita harapkan tidak dapat kita kecapi kn ? siapa tak kecewa sekiranya sesuatu yang kita haraaaappppppppppppp . . . sangat xdpt kn ? Maluuu jgak sbb orang lain dapat tapi kita ? emm segannnn dngan kawan3 kn ? yang lain semua dapat UPU bleh msuk UNIVERSITI bleh sambung DIPLOMA dll kn ? 
"AKU ?????!!!! Disini sahaja ?!! AKU ????!!!! Apa kurang aku dengan MEREKA ??!! Aku juga belajarrr ?!!! Aku juga seperti mereka ?!!! AKU ???!!!!"

Ratapilah kegagalan ini buat seketika bukan selamanya. Dari kegagalan ini bina semula sebuah kekuatan baru. Bina semula keyakinan baru. Bina semula semangat baru. Tanam pada diri aku BUKAN GAGAL ! tetapi sebenarnya aku BELUM BERSEDIA !. Tuhan itu maha adil. Mungkin beliau merasakan kita belum bersedia untuk menepuh ke alam baru. Kita tidak bodoh tidakkkkkk. . . semestinya kita tidakkk . . . manusia adalah sebaik-baik ciptaan.

"Habiss ?!! kenapa mereka dapat masuk UNIVERSITI ?!!"

Thursday, May 16, 2013

I stand by you.


Oh, why you look so sad? Tears are in your eyes Come on and come to me now Don't be ashamed to cry Let me see you through 'cause I've seen the dark side too When the night falls on you You don't know what to do Nothing you confess Could make me love you less
"I'll stand by you I'll stand by you Won't let nobody hurt you I'll stand by you"
So if you're mad, get mad Don't hold it all inside Come on and talk to me now Hey, what you got to hide? I get angry too Well I'm a lot like you When you're standing at the crossroads And don't know which path to choose Let me come along 'cause even if you're wrong
"I'll stand by you I'll stand by you Won't let nobody hurt you I'll stand by you Take me in, into your darkest hour And I'll never desert you I'll stand by you"
And when . . . When the night falls on you, baby You're feeling all alone You won't be on your own I'll stand by you I'll stand by you Won't let nobody hurt you
"I'll stand by you Take me in, into your darkest hour And I'll never desert you I'll stand by you I'll stand by you Won't let nobody hurt youI'll stand by you Won't let nobody hurt you I'll stand by you"

Tuesday, April 30, 2013

your eyes :)

" 
" you looked into my eyes , you have me hypnotized"

Wednesday, March 27, 2013

Kerana Kasih Hamba Turutkan - Pantun Woii !


Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara

kerana kekasih hamba turutkan

#bnyaklah buang Emak puiii ! Syurga dibwh tapak kaki Emak/Ibu/Mama woi ! bru kekasih ! ang xsign ! xcop gih ! Ayah/Abah/Daddy pon xtest gih ishh ! bdak-bdak !

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga boleh kucari
mana nak sama dikau seorang

#ishhh ! memanglahhh xda dah cyg-cygg tomei-tomeii mata cepet mcm kmi dh ! hehe

Tanam selasih di tengah padang
sudah bertangkai dihurung semut;
Kita kasih orang tak sayang
Hidup bagai tempurung hanyut


#Uihh ! rasa kosong kosong oOo oOo ~ piss ! Najwa Latip punya lgu wehh hehe


Friday, March 22, 2013

Sheikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti - Syahid !

As-Syahid Sheikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti
( 1929 - 2013/03/21 )

Demi ALLAH ! aku terkejut dengan berita ini. Dr Said Ramadhan al-Buti sudah tiada ! ALLAH AKHBAR ! Demi ALLAH aku sayangkan beliau. Tulisan bukanya terutama Fiqh Sirah cukup aku minati cukup indah jika dibaca. Aku terlalu menyayangi beliau ya ALLAH, Aku sayangi beliau ya ALLAH ! ! ! !  Walaupun aku tidak berpeluang berjumpa dengannya tetapi jujur aku katakan aku sayang beliau ! aku jatuh cinta dengan beliau hanya melalui tulisan beliau ya ALLAH ! rahmatilah beliau ya ALLAH ! 

 
Inilah bukunya, tulisannya sangat menarik, ringkas serta mudah difahami. Buku ini berkaitan Sirah Nabi Muhammad saw. Aku mula mengenali buku ini setelah aku mengikuti kelas agama disurau.

Ringkasan Biodata As-Syahid Dr. Said Ramadhan Al-Buti.
Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa.
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

Syahidnya Dr. Said Ramadhan Al- Buti.
MASJID Eman musnah berikutan serangan pengebom nekad yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria. Kejadian itu mengakibatkan lebih 42 mangsa terbunuh termasuk ulama terkenal di kalangan warga Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, 84 tahun. - Foto AP

DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah. 

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya. 
"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan. 
Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.

Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.


Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...


Sedikit Kisah...