Tuesday, June 24, 2014

Peminta Sedekah & Reaksi Kita.




(*Gambar Hiasan)

(Situasi Contoh Cerita)
Kedai Makan Ivory Bukit Gambir, Pulau Pinang.

Khusus kepada seorang penjual yang berketurunan arab yang menjual 'sticker' ayat-ayat seperti sifat-sifat Allah dan sebagainya dengan harga RM10.00. Beliau berjambang putih selalu berkopiah putih serta menggalas beg hitam dibelakang.  Sekiranya tidak mahu membeli barangnya, beliau turut bertanya sekiranya mahu bersedekah sahaja dan jika tidak mahu tidak mengapa. Sebenarnya adab kita bersama peminta sedekah biarlah terjaga, walaupun kita tidak mahu bersedekah sekalipun tapi mencukupi sekiranya kita bercakap dengan layanan yang baik. Sekiranya tidak mahu, tolaklah permintaan itu dengan lembut dan sopan bukan dengan terus mengherdik ataupun melakukan seolah-olah kamu tidak nampak mereka yang berada didepan kamu dan janganlah juga kamu memberi harapan seolah-olah kamu seperti mempermain-mainkan beliau.

*Al-Quran| Allah berfirman bermaksud: “Dan terhadap orang yang meminta-minta makan, janganlah kamu mengherdiknya.” (Surah ad-Dhuha, ayat 10)*

Mereka juga manusia yang hanya berusaha melalui cara sebegitu. Kejadian ini berlaku semalam dimana lelaki tesebut hadir disebuah meja, namun apa yang dilakukan oleh sepasang manusia itu sangat menyedihkan.

Hanya memberi reaksi seolah-olah tidak melihat beliau memaling muka lalu menyebukkan diri bermain telefon sedangkan mata sempat menjeling ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu terus memberi salam dan dengan melihat telatah pasangan tersebut lalu beliau beransur pergi. Kamu cantik . . .
bertudung serta lelaki kacak paras rupa tapi mungkin adab itu kurang dijaga atau pun tidak mengetahuinya. Salam yang diberi juga tidak terjawab sedangkan salam yang diberi itu wajib dijawab. Moga Allah mengampuni kamu. Mereka juga mempunyai haq untuk dilayan.

1) Hadis| Sabda Rasulullah SAW: "Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda"

Saya lebih gemar sekiranya peminta meminta sedekah tetapi turut berusaha menjual atau berniaga sesuatu barang, ini menunjukkan dia ada niat berusaha Insya'allah. Berlainan sekiranya hanya datang sehelai sepinggang, setiap hari datang meminta sedekah dengan pakaian yang elok serta kerap kali bertukar corak dan gaya. Tidak kelihatan sebarang kesusahan dan sebgainya. Jujurlah dalam tindakanmu wahai peminta sedekah dan jangan kamu berpura-pura susah sekiranya tidak. Seharusnya mereka ini perlu ditegur dan sebagainya. Islam pada dasarnya memang tidak menyukai amalan meminta-minta sedekah oleh umatnya yang berkemampuan fizikal. Islam menuntut agar mereka berkerja sekadar mampu dan berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sekalipun ia adalah perkerjaan yang dipandang rendah oleh manusia. Yang pentingnya, ia mulia di sisi Allah. Dan pasti ini jauh lebih baik dan lebih mulia dari meminta-minta sedekah dari orang lain.
2) Hadis| Nabi SAW bersabda: "Sungguh seseorang di antara kalian mengambil tali, lalu dia pergi dengan mengikat (dan memikul) kayu bakar di belakangnya lalu dijual, maka dengan itu Allah menyelamatkan air mukanya, adalah lebih baik bagi dia daripada meminta-minta kepada manusia, sama ada dia diberi atau tidak diberi (sedekah)"


3) Hadis| Nabi SAW bersabda: "Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya, dan tidak bagi orang yang berkebolehan lagi normal (sihat dan kuat)"
Tubuh badan sihat serta semakin hari semakin sihat. Jika diberi ia semakin melampau, maka kadang-kala kita tidak digalakkan memberi. Sekiranya diberi suatu hari nanti akan timbul rasa senang dan malas didalam diri sehinggakan meminta sedekah dijadikan 'sumber pendapatan'.
4) Hadis| Nabi SAW bersabda: "Sesiapa meminta-minta kepada orang lain kerana ingin memperoleh lebih banyak padahal dia bercukupan, maka sesungguhnya dia memperbanyakan bara api (neraka) Jahanam. Lalu bertanya orang: Apakah yang dikatakan sebagai melebihi kecukupan ? Jawab Rasulullah: Keperluan makan sehingga malam"
Walaubagaimanapun, layanilah mereka sebaik mungkin walau apapun mereka. Usah menghina usah mengherdik usah juga tidak menghiraukan mereka. Jika perlu ditegur maka tegurlah dan memberi kata dua kepada mereka dengan baik. Niatkan diri bersedekah kerana Allah, jika tidak mahu bersedekah maka gunakanlah kelembutan untuk menolaknya. Moga kita berada dibawah rahmatnya.

Bagaimanapun, disebut beberapa keadaan yang membolehkan seseorang untuk mengemis atau meminta sumbangan. Hal ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Qabishah bin Mukhariq Al-Hilali:
5) Hadis| Rasulullah SAW bersabda:
Aku sedang menanggung sebuah beban (seperti hutang) lalu aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepada baginda tentangnya. Rasulullah menjawab: “Tunggulah sehingga ada orang datang kepada kami memberi sedekah. Aku akan menyuruh mereka bersedekah kepada engkau.” Kemudian Rasulullah menyambung:

Wahai Qabisah, Sesugguhnya perkara ini (meminta sedekah), tidaklah ia halal kecuali terhadap salah satu dari tiga sebab berikut:
[1] Seseorang yang memikul beban yang berat, maka dihalalkan baginya meminta sedekah sehingga dia dapat mencukupi dirinya sendiri, kemudian dia berhenti (dari meminta).
[2] Dan seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, maka dihalalkan baginya menerima sedekah sehingga dia dapat mencukupi keperluan hidupnya.
[3] Dan seseorang yang ditimpa kesulitan sehingga dipersaksikan oleh 3 orang dari kaumnya: “Sungguh dia ditimpa kesulitan.” Maka dihalalkan baginya sedekah sehingga dapat mencukupinya.
Selain yang tiga ini, jika seseorang meminta sedekah, wahai Qabisah, adalah haram, peminta tersebut sama dengan orang yang memakan barang haram.
Namun sekiranya dia mempunyia sifat malas dan tidak mempunyai sebarang masalah maka wajib diberi nasihat dan kata dua. Berilah nasihat kepada meraka agar mereka sedar dan berubah namun sekiranya kita tidak mampu atau tidak mempunyai kekuatan melakukan sebegitu maka mungkin mencukupi kita memberi salam atau senyuman kepada mereka bukan terus mengherdik dan sebagainya. Sekiranya juga mereka bersedekah dengan turut menjual barang-barang yang mungkin kita tidak memerlukannya maka memadai untuk kita bersedekah sahaja kepada mereka dan tidak mengambil barang tersebut. Niat ikhlas bersedekah kerana Allah sekirnaya mampu, bersedekahlah. 
Maka layanilah mereka sebaik mungkin. Usah menghina usah mengherdik usah juga tidak menghiraukan mereka. Jika perlu ditegur maka tegurlah dan memberi kata dua kepada mereka untuk berubah dan jika tidak mampu mencukupilah menghormati mereka. Jika bersedekah niatkan diri bersedekah kerana Allah, jika tidak mahu bersedekah maka gunakanlah kelembutan untuk menolaknya. Moga kita berada dibawah rahmatnya.


_______________________________________________________________________________

1)  Sanad Sahih: Hadis daripada ‘Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh  Malik, Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi, Abu Ya’la dan al-Thabarani, sanadnya dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalam Musnad Ahmad – no: 1730. (Musnad Ahli Bait, Hadathana Husain bin ‘Ali radiallahu ‘anhu). Dalam sanadnya ada perbincangan lanjut, perbandingkan dengan keterangan Mustafa Azami dalam semakannya ke atas Sahih Ibn Khuzaimah – no: 2468 dan Husain Salim Asad dalam Musnad Abu Ya’la – no: 6784.
2) Sahih: Hadis daripada Zubair bin Awam radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Ibn Majah dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no:1471
3) Sahih: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar dan Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Darimi, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Baihaqi dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud
4) Hassan: Hadis daripada 'Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh 'Abd Allah bin Ahmad (Ziyadatul Musnad) dan al-Thabarani (al-Mu'jam al-Ausath), dinukil oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib
5) Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Nasa'i dan lain-lain, lihat Sahih Muslim - no: 1044.

4 comments:

  1. satuju. sama ada ingin memberi atau tak, layanlah mereka dengan cara yang baik

    ReplyDelete
  2. Sedak yg bernilai..adalah dtg daripda keikhlasan hat.blog yg bgus...penulisan yg bagus...tpi kemana menghilang...www.keladionline.com..

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah se orang TKW yg bekerja di kilang selangor malaysia, dan secara tidak sengaja sy lihat comentar pak Ramli dari singapur di internet tentang pesugihan dana hibah AKI SYEH MAULANA yg telah membuatnya sukses, saya pun coba buka situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya dan lihan no tlp aki, Saya pun langsug hubungi aki dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan uang RM 200 ribu yg sy minta benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

    **** AKI MELAYANI SEPERTI: ***

    1.PESUGIHAN PUTIH
    2.UANG KEMBALI
    3.TERANSFER JANIN
    4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

    ReplyDelete