Saturday, November 3, 2012

Melayu & Sajak Melayu Mudah Lupa Dr. Mahathir :)

(*gedik stail) caye cume nk kongci jerh cedikit ilmu dkt ciney bkn nk memandai tau3 hehehe :3
~ sharing is caring ~

MELAYU ?

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):


"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-


(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau


(b) zuriat seseorang yang sedemikian



MUDAH LUPA ? 


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::­::::::::::::::::




Ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001.


Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dari 17 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan dalam sejarah, merupakan pemimpin paling lama berkhidmat dijawatan tertinggi Negara Malaysia.



Kita neh pelupa ka ? ! ! jgn salah anggap DR. Mahathir  dlm sajaknya hanya untuk menaikan smngt ORANG MELAYU jerh k kpd yg lebih elok :)


No comments:

Post a Comment